#1 Mengapa Teori Sistem?

October 12, 2013

Mengapa teori sistem? Mengapa tidak yang lain-lain? Untuk menjawab pertanyaan ini, maka kita perlu kembali kepada cita-cita asal dari landasan teori sistem. Asasnya, teori sistem mengajak kita untuk memahami dan memuatkan yang lain-lain juga. Berdasarkan dari garis perbezaan sistem-lingkungan, maka itu jelas memaparkan kepada kita tentang kepentingan untuk turut menghubung-kaitkan dengan apa yang selain dari sistem itu sendiri. Malah, dari sikap kebelakaan ini jugalah, kita diminta untuk mempertimbangkan sebuah keadaan “anti-sistem” di dalam sistem itu sendiri. Lantaran itu, tidak hairanlah di dalam teori sistem tersebut terdapat banyak cabang pengetahuan yang kompleks dan disepadukan. Ini termasuklah bidang sosiologi, falsafah,sibernatika,  psikologi, sains, matematik, pentaabiran, dll. Pendekatan rentas-bidang inilah yang menarik (sekaligus mencabar) yang ditawarkan oleh teori sistem, selain dari hasrat untuk membentuk sebuah pengetahuan sejagat. Dan inilah juga yang jadi jawapan dari persoalan mengapa teori sistem tersebut, yakni; kebelakaan, kepelbagaian dan kesejagatan.


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.